Thursday, October 15, 2015

Homemade Wetfood for Cats

Assalamualaikum and hi!
Harini nak cerita tentang wetfood kucing ^_^. Resepi ni dapat dari group fb Dunia Kucing . Wetfood ni memang alternatif yg baik terutama untuk tuan yang busy tapi at the same time nak kucing yang berkhasiat. Since Angela ni tengah pregnant memang patutlah serve dia makanan yg nutritious sikit.




Bahan bahan:
Labu
Ikan(apa apa jenis)
Agar agar



Cara-cara:
  1. Potong labu dalam bentuk dadu dan bersihkan ikan.
  2. Rebus ikan dan labu secara berasingan
  3. Toskan labu dan ikan kedalam dua bekas yang berasingan.Air ikan jangan dibuang kerana akan digunakan dalam memasak agar-agar
  4. Asingkan isi ikan ,air ikan serta isi labu dan blend.
  5. Masak agar agar dan setelah agar agar larut sila masukkan bahan yang telah dikisar
  6. Lepas mendidih,letakkan ke dalam bekas dan biarkan. Tunggu sehingga sejuk dan masukkan dalam peti ais. Yeay siap!