Monday, July 27, 2015

Touch n Go hilang!



Alamak,touch n go cicir! 

Benda ni jadi bila aku nak naik monorel dari Kl Sentral untuk ke stesen Imbi.Masa tu nak pergi berbuka puasa kat Times Square *mentang mentang esok tu kelas petang je. Aku baru je guna touch n go semasa naik LRT dari Kelana Jaya ke KL Sentral jadi rasa macam tak logik pula bila hilang. Tetiba aku  teringat yang saya aku beli tiket komuter untuk kakak dan kawan dia kat KLSentral.Mungkin tercicir kat kaunter tu. Jadi dengan hati berat,belilah tiket cip yang bulat tu sebab nak kejarkan berbuka puasa.

Bagi aku yang pertama kali berhadapan dengan perkara macam ni,memang cuaklah.Puas cari dalam handbag,kat manalah kad tu hilang. Sudahlah ada RM80++. Akak aku pujuk aku huhu.Selamatlah dia nak belanja nasi ayam. Hahaha

Setelah menggunakan perkhidmatan encik Google,barulah aku tahu yang kad tu boleh disekat. Pfft.
Lambatnya dapat info. Setelah selesai urusan di Time Square,terus cabut balik. Masa dalam perjalanan tu,berdoa je tolonglah someone mulia jumpa pastu serah kat kaunter. Huhuhu.
Malangnya puas ku cari tak kutemu. Puas aku tamya kat kaunter KTM,semua kata yilek. Cis,aku dah nak meraung. Dahla kad touch n go tu penting gila. Aku nak pakai naik Rapid Kl,LRT dan KTM tanpa beratur haha. Last last aku jumpa guard kat ktm tu and dia suruh aku call hotline Touch n Go,


Hotline Touch n Go: 03-2714 8888


Puas aku call,tapi line busy. Jadinya aku cabut balik dengan hati yang hiba,
Hotline tu tutup 10 malam. Aku call balik pukul 9.50,alhamdulillah dapat.
Setelah aku mengadu sobs,sobs. Dia buat pengesahan dan tanya nama ic and last guna kat mana.
Selamatlah aku dah daftar touch n go aku kat Touchngo.com.my jadinya kad aku tu berdaftar.
Dia block kad aku dan mintak no akaun bank untuk refund.
So,aku hilang kad tu pada 6 July dan pada 20 July dia telah refund duit aku.Cepat dan efisien kan. RM10 ditolak ye untuk kos pemprosesan ye anak anak.
Rupanya tukang jumpa kad aku dah guna berbelas ringgit jugak. Cis,menggunakan hak orang pada bulan puasa. Tapi,alhamdulilah dapatlah duit ku kembali.


Pengajarannya disini,
1. Sila pakai tag untuk simpan touch n go tu, Ni tak swap swap masuk handbag hilang terus.
2. Sila call hotline dengan kadar segera untuk block kad anda untuk mengelakkan kerugian lebih banyak.
3. Sila daftar kad anda di touchngo.com.my supaya kad anda dapat dikenalpasti siapa tuannya. 
Sekian terima kasih. 

1 comment: